Saturday, August 29, 2009

Liqo' Gabungan Akhawat...28 Ogos 2009...



Alhamdulillah,liqo’ gabungan akhawat telah berjaya dilaksanakan di bawah kelolaan jabatan nuqaba’ iaitu ukhti Zulaikha Ali dengan kerjasama para naqibat yang lain.Terpancar riak ceria dan gembira ahli-ahli BKASM yang menyertainya.Apa lagi yang lebih indah,apabila nilai ukhuwwah ini dapat dirasai bersama..Saya pun rasa seronok lihat sahabat2 dan adik2 bersemangat nak berusrah nie..

Majlis dibuka dengan Ummul Kitab seterusnya dipengerusikan oleh ukhti Khairunnisa’ Helmi Azhar ,adik tahun 1 dari Iskandariah.Slot yang pertama dimulakan dengan tazkirah Ramadhan oleh ukhti Khairunnisa’ Mohd Khusainy.Banyak input baru yang saya dapat.Yang menarik,apabila beliau mengaitkan bulan Ramadhan sebagai bulan percintaan.Bukan bulan percintaan antara hamba dengan hamba,tetapi bulan percintaan antara hamba dengan TuhanNya.Kenapa mesti disebut bulan percintaan??Sebabnya,Allah menurunkan rahmat dan maghfirah yang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya.Dalam bulan Ramadhan juga,Allah menurunkan ‘surat cinta’ iaitu Al-Qur’an sebagai panduan untuk manusia.Kita juga digalakkan untuk sentiasa memohon keampunan kepada Allah S.W.T.Rugilah kiranya sehingga akhir Ramadhan kita tidak memohon keampunan tersebut.Mabruk ukhti,tazkirah yang menyegarkan jiwa.



Slot kedua diteruskan dengan acara kuiz.Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberikan.Soalan tersebut berkisar tentang manhaj usrah sendiri iaitu tafsir,sirah dan hadith.Ada juga soalan yang berkisar tentang PMRAM,muwasafat tarbiyyah,dan lain-lain.Menguji minda??tentu sekali..


Talkshow pula diisi untuk slot ketiga.Bertemakan “Menghadapi mad’u,bersediakah kita??”,talkshow ini menampilkan 2 orang ahli panel iaitu ukhti Huzaimah Mustaffa dan ukhti Nurul Huda Md Tahir serta seorang moderator yang tidak asing lagi iaitu ukhti Siti Najwa Md Zin.Talkshow yang dibawa lebih merujuk kepada mad’u iaitu pelajar2 baru yang akan tiba pada awal September depan.Berkisar tentang definisi,masalah yang dihadapi sekarang dan peranan kita sebagai dai’e kepada mereka.Masalah ukhuwwah,kesatuan,lack of thaqafah,qudwah hasanah telah dibincangkan dan penyelesaian telah diperincikan.Setelah mengetahui masalah,peranan pula dibentuk untuk menutup dan menyelesaikan masalah-masalah tersebut.Sebenarnya,peranan kita banyak..tetapi berFUNGSIkah kita??

Untuk akhirnya,saya sendiri menyampaikan kalam taujihat buat ahli keluarga yang sangat saya sayangi di perlembahan Nil ini.Mengajak sama-sama menghayati Ramadhan,menekankan betapa pentingnya usrah untuk proses pentarbiyyahan diri,seterusnya sedikit info tentang kedatangan pelajar baru,kepulangan Raisah Hewi PMRAM ke Malaysia serta pengukuhan thaqafah.Sebelum tutup,saya rasmikan penutupan liqo’ dengan Al-Fatihah.

Tak lupa,iftor jamai’e sesama akhawat berlangsung pada malamnya..Nasi ayam,meleleh air liur dibuatnya..hehe..



p/s: walaupun singkat,saya benar2 bersyukur..Syukur,kerana kami masih dapat menikmati nilai ukhuwwah ini.Syukur juga,komitmen yang diberikan amat baik termasuk keluarga muhafazah yang turut serta.Untuk sahabat2 dan adik2,jagalah nilai ukhuwwah ini.Anda yang bakal meneruskan perjuangan ini.. ~SETIA BERSAMA UKHUWWAH~

No comments:

Post a Comment