Tuesday, December 22, 2009

Deep from my heart..

Menangis..
Lapang dadaku…
Ini saja yang aku mampu saat ini..
Tak mampu bangun..
Sarat dada..berat bahu ini..


Tenggelam…
Hilang punca…
Terkapai…
Bingung…
Allah …..~


Tak pernah mimpi…
Tak pernah ingin…
Jauh sekali…


Allah….
Mudahkan..
Setiap jalan yang Kau hidang…


Allah...Rabbi...
Aku serahkan semua padaMu…

Saturday, December 19, 2009

Abah,ini ujian buatmu...

Received a message from my sister,wawa on 17 December 2009..
“Salam mie,berita terkini..ofis abah kena masuk pencuri malam tadi..desktop aku ngan bob kena curi..diorang masuk ikut atap..jumaat malam lepas,enjin aircond depan dua-dua kena rembat..sian abah,baru je kes terbakar ari tue,ofis kena pecah pulak..”


Sedih..hiba..
Hanya itu yang saya mampu ungkapkan..ibarat sudah jatuh ditimpa tangga..
Beberapa minggu sebelum saya pulang ke Mesir pada 30hb November lepas,satu insiden kebakaran berlaku di premis sebelah pejabat abah..syukur,pejabat abah selamat..tetapi sebahagian pejabat yang digunakan sebagai ruang kerja dan menyimpan segala dokumen habis basah kerana disiram dek paip bomba..
Hasilnya,operasi pejabat abah ditangguhkan untuk sementara waktu..kerja2 pembersihan dan kemaskini semula kami lakukan sekeluarga..mengangkat meja,almari,mesin fotostat dan sebagainya..cat-mengecat kami lakukan juga..
Alhamdulillah,pada awal Disember lepas pejabat abah sedikit2 mulai beroperasi..
Tapi,….
Bila saya terima mesej ini..saya tau,betapa runsingnya abah..kerugian dan mungkin juga dokumen2 dan drawing penting untuk beberapa projek hilang..
Doa saya untuk abah,moga abah kuat..dan terus kuat..
Semua yang berlaku bukan atas kehendak kita..
Abah,mimie selalu ingat pesan abah supaya mimie terus kuat di bumi kinanah ini..
Mimie harap,abah pun begitu…


p/s : teringat..duit yang abah baru masukkan dalam akaun..mimie yang mintak,untuk menampung sara hidup sebelum kemasukan zakat akan datang..Ya Allah,berkati setiap usaha dan penat lelah abah

Kembali lagi..Salam Maal Hijrah semua..

18 Disember 2009
Bersamaan..
01 Muharram 1431 hijrah..


Salam Maal hijrah buat semua..
Tahun baru menyingkap tabirnya,moga2 kehadiran tahun baru ini akan memberi sinar bahagia buat kita semua..


Alhamdulillah,saya tiba di Mesir pada 01 Disember yang lalu..memulakan hidup sebagai penuntut ilmu Allah..melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pejuang agama Allah..
Dari lapangan terbang Kaherah,saya terus ke rumah baru di kawasan Toob El-Ramly..lebih sinonim kawasan saya disebut Walidain..
Saya lebih tenang di sini..walaupun kadangkala masalah kewangan agak menghimpit,lebih2 lagi keadaan rumah yang ‘fadhi’ (kosong tanpa perabot) dengan sewa LE 600 sebulan..
Syukur,teman2 serumah banyak membantu..banyak memahami..
Alang,adik,dan anem..moga ukhuwwah kita terus utuh..terima kasih kerana banyak membantu..
Sayang korang..



Ummu Humaira’+Aisyah Humaira’..syukran membantu kami di saat2 sulit begini..si kecik Humaira’ nie selalu jadi peneman acik2 kat rumah nie,hehe..




Imtihan??
Saya ada 5 madah untuk fasa nie..agak sakit bila berjauhan dengan sahabat baik saya yang kini menetap di ARMA..tentunya mengubah corak study kami selama ini..moga nusrah Allah membantu setiap usaha kami..kuatkan semangat,kena khirij 2010 nie!!!
Usu..study baik2..jangan lemah semangat tau..

p/s : mengatur kehidupan..bukan semudah yang disangka..

Thursday, November 19, 2009

Sentuhan kasih sayang..


......proud to be a muslimah........
and you??


Secangkir kasih dan sayang..

Untuk adik2 along..
(angah timah..alang hawa..ude fairuz..andak zue..ateh rozana..anjang nusaibah..achik mira..anje nadia..usu najwa..acu nadiah)

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah,tersenyum megah..dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,usah digusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan..

Hakikat hidup kita adalah untuk memberi kepada orang lain kerana Allah..Kitalah mata rantai yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah,bukan kita akan yang akan memutuskan atau menghentikannya!!
Renungi kalam Saidina Umar A l-Khattab ini..
“Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia”.

Adik2 along yang sangat along sayangi..
Kita bertuah kerana dilorongkan oleh Allah S.W.T ke jalan perjuangan ini..lantas kita bertemu, berukhuwah dan bergerak seiring bersama.Walaupun sebelum ini kita tidak pernah mengenali, namun jalan perjuangan ini menyatukan hati-hati kita..Subhanallah….

Ukhuwah yang kita bina sedayanya cuba kita semai dengan benih iman..kerana ukhuwah yang dilandasi iman itulah yang akan membentuk satu kekuatanyang padu..bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat nanti adalah golongan yang berukhuwah kerana Allah..bertemu dan berpisahnya hanya kerana Allah..marah dan sayangnya kerana iman,bukan didasari nafsu semata..

Adik2 along..
Satu ketika nanti..andai diri along terleka,kalian ingatkanlah along dengan peringatan Ilahi..andai diri along rebah dek rakusnya dunia,kalian pimpinlah tangan along bangkit kembali.. jangan kalian biarkan along futur sebelum menamatkan musafir perjuangan ini..ingatkanlah along dengan ikrar perjuangan yang telah kita patri bersama.. walau di mana kita berada, walau sejauh mana jarak yang memisahkan kita..selagi aqidah dan fikrah perjuangan kita sama, kita akan terus bersama..insya Allah..

Salam juang tanpa noktah..
Along sayang korang sume!!

Wednesday, November 18, 2009

...Tunggu Sekejap...


12 hari lagi..




“mak long..cepat la balik..”
“ateh..bile nak balik nie??..”
“k.aimie balik bile??..”
“along…rindu la…”

Hmm,saya dihujani persoalan2 ini pada minggu2 terakhir ini..rimas??tak..saya sangat rindu pada sahabat2 dan adik2 yang saya tinggalkan di sana..
Cuma saya mohon,cuti saya yang ‘mufajaah’ dan sebentar ini benar2 dapat mengembalikan kekuatan untuk saya terus melangkah di bumi kinanah sana..
Barang2 hampir siap saya uruskan..dah 2 kotak saya ikat,cam semangat sangat je nak balik sana..
Mula2 balik,rasa x sabar nak pegang stereng kereta..2 minggu pertama,saya ligat berjalan dengan kawan2..drive ke shah alam,puchong,klang..ziarah sana sini..
Sekarang,keluar bila ade urusan yang perlu je..Esok,saya kena ke bank..nak “bank-in”kan duit..
Dah besar,semua urusan kena belajar uruskan sendiri..bila saya berada di kalangan teman-teman sebaya,orang selalu cakap saya paling ‘matured’..huh,rase sangat diri nie dah tua..pape pun,persekitaran yang membuatkan saya begitu..keluarga yang banyak ajar saya hidup berdikari..
Mak said “mak tau,korang dicampak ke mane pun boleh hidup”..haha,kerana itulah saya begini..
Kadang2 keras hati,tapi cepat gak nangis (he,senyap2 laa..)..kakak2 saya sume dah besar,so perbincangan lebih kepada hal orang dewasa laa..
Ok..pada sesiapa yang tunggu saya balik nie,harap bersabar ye..hehe~ sabar,saya cuti baru sebulan lebih,xsampai 2 bulan pun..haha~really miss you all..terutamanya adik beradik AJKT 07/08 dan 08/09,ahli bait..adik2 usrah…sume la!!
……….tunggu,sekejap aje lagi………….

Islamic cool badges..



Sahabat-sahabat di perlembahan Nil..
anda suka??anda berminat untuk mendapatkannya??
tungguuuu...button badges menarik,pasti anda sukakannya..

Aktivis muslimah harapan Rasulullah..


Menjadi wanita memang menyenangkan, apatah lagi wanita "Muslimah",kerana muslimah bermaksud wanita yang telah dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah RasulNya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah,sangat mengambil berat terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai dua orang anak perempuan kemudian dia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan dapat memasukkannya ke dalam syurga."

Semasa Rasulullah hidup,kaum wanita merasa terbela setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya dan tidak mendapatkan hak yang sepatutnya.Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikatakan beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul dirasa disanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang,ramai wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada di tengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berusaha mengatasi masalah tersebut. Caranya adalah dengan mula mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Untuk menjadi muslimah yang disayangi oleh Rasulullah SAW,kaum wanita hendaklah memerhatikan 4 perkara berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (faham) terhadap din (agamanya). Selayaknya dia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadith dan menjadikannya sebagai bacaan harian, kerana dengan cara itu dia dapat memahami keinginan Rasulnya agar nanti dia berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Dia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar dengan seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha memperbanyakkan membaca buku agama seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari yang lain.Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, solat, puasa, dan sebagainya. Sehingga dia tahu cara yang betul mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan dia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak dia akan menjadi ibu yang komited dan berjaya seperti Hajar dan Khadijah RA.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Dia menjadi muslimah yang sentiasa menjadi ‘motivator’ terhadap suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensolatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau kerana tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasulullah.Ini kerana Abu Tholhah selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, isterinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Dia selalu peduli terhadap persekitarannya,selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya,selalu mengupayakan persekitarannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila tiba waktu solat untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan solat dengan kalimahnya yang terkenal “As-solah, As-solah!!!'

p/s :Anda pula bagaimana??
Moga kita dapat menjadi aktivis muslimah yang peka terhadap persekitarannya..seterusnya menjadi muslimah yang disayangi oleh baginda Rasulullah..bestnya~

Tuesday, November 17, 2009

10 wasiat untuk pejuang..



Bacalah,renungilah..kemudian terus beramal..


1.Apabila mendengar azan,maka bangunlah mendirikan solat serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah A-Qur’an,sibukkan diri dengan majlis ilmu dan amalkan zikrullah.Janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan perkara yang tidak berfaedah.

3.Berusahalah sedaya mampu untuk bertutur dalam bahasa Arab dengan baik,kerana itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara,kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana ia boleh menyakiti orang lain.

8.Jauhilah daripada mengumpat tentang orang lain dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang boleh memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara muslim kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.Oleh itu,bantulah saudara kita sendiri untuk menguruskan masa dengan baik.

p/s : perkara yang mudah,tapi kadang2 terasa susah untuk melaksanakannya..ayuh,lawan nafsu!!bersama bergandingan dalam meneruskan kerja2 dakwah ini..
moga setiap langkah,sentiasa dalam perhitungan kebajikan dariNya..ameen~

Friday, October 30, 2009

Permudahkan...


Lusa,01 November 2009..bermakna berbaki lagi 30 hari saya akan berada di bumi Malaysia ini sebelum pulang ke Mesir meneruskan pengajian tahun akhir dan perjuangan..
Kesempatan yang sebentar ini perlu saya susun dengan baik..saya ingin menimba pengalaman2 berjuang dan bekerja di Malaysia..walaupun agak terbatas,saya akan cuba sedaya saya..

Keinginan saya,untuk berjumpa senior2 yang pernah saya kenali di bumi kinanah suatu ketika dulu..saya ingin berkongsi pengalaman,mengambil seberapa banyak semangat yang akan saya bawa untuk kalian di bumi kinanah nanti..lantaran kesibukan semua pihak,saya perlu menyusun satu per satu..doa2kan,moga hasrat saya ini berhasil..

Hari ini juga,saya dikhabarkan nama adik2 baru di Mesir sudah muqaiyad..Alhamdulillah,akhirnya penantian itu berakhir..yang tidak dapat apa yang mereka mohon,moga berlapang dada..Allah tahu apa yang terbaik untuk adik2..teruskan perjuangan,jangan mudah futur!!

Dalam proses menghubungi AJK Nisa’ Hulu Langat..Alhamdulillah,saya sudah mendapatkan nombor telefon ukhti Ayuni..saya akan hubunginya nanti..biasa la,bukan senang nak dapatkan semua itu secara terus..beberapa kali saya cari di Google untuk mendapatkan link dengan Nisa’ Hulu Langat..hampir putus asa,tapi Alhamdulillah dengan bantuan salah seorang ukhti dari Nisa’ Serdang,saya ketemu jua..

Doakan..moga semuanya dapat saya laksanakan sebaiknya..ameeenn~

Mana satu pilihan hati??



Salam mahabbah untuk semua..
Sudah 20 hari saya berada di bumi Malaysia ini..banyak perkara yang saya fikirkan..apa ‘buah tangan’ yang akan saya bawa ke sana bertemu sahabat2 nanti..hmm,dalam merancang dan melaksana..mudah-mudahan Allah memberi laluan yang terbaik..ameen~

Cuti yang singkat ini,saya cuba penuhi dengan sebaiknya..kitab kuliah tidak saya tinggalkan..menyusun jadual membaca kitab dan menghafaz Qur’an,tapi kadang2 terbabas juga..itulah namanya manusia,sentiasa lalai..
Hmm,saya lebih fokus memahami pembacaan kitab saya di sini..tanpa kesibukan yang teramat,saya boleh melaluinya..TAPI,adakah itu lebih baik berbanding saya belajar dalam masa yang sama saya sedikit sibuk memikirkan masalah ummah??

Belajar dalam kesibukan..itulah pilihan hati saya..kenapa??kerana kita akan menghargai setiap detik yang berlalu..kita lebih menjaga masa dan berdisiplin dalam semua perkara..

2 tahun memegang taklifan dalam pimpinan BKASM,banyak perkara yang saya belajar..aplikasi konsep tadhiyyah,kepentingan meletakkan aulawiyyat,time management..terlalu banyak,saya tidak dapat sebutkan satu per satu..itulah hakikatnya,kita hidup untuk orang lain..masa kita untuk orang lain..yakinlah dengan hati yang benar2 ikhlas,moga Allah mengganjari dengan selayaknya..

Tercuit hati,mengenangkan keluhan anak usrah saya yang merasakan Ramadhan yang lalu agak teruk baginya kerana masih belum mampu menyesuaikan diri dengan kesibukan markaz bahasa dan beberapa program lain.Terlalu kesal,hingga menitiskan air mata..Alhamdulillah,saya bersyukur kerana hati mereka masih lembut untuk terus ditarbiyyah..

Saya terdiam sejenak..menarik nafas dalam2 dan memulakan kata..
“Hmm,akak nak datangkan 2 contoh..mana satu yang adik2 rasa lebih baik??antara..
1) orang yang mengabdikan dirinya,beribadah tanpa gangguan dalam bulan Ramadhan.. ATAU
2) orang yang bersungguh2 memperbaiki dirinya untuk dekat dengan Allah pada bulan Ramadhan dalam masa yang lain,dia perlu memikirkan masalah ummah??..”

Saya timbulkan persoalan di hati mereka..kemudian,saya sambung lagi…
“Nilailah..yang penting sekarang,pengurusan masa..Allah bagi kita 24 jam sama seperti orang lain..tapi,kenapa orang lain boleh uruskan masa dengan lebih baik?..
Masih ada masa,belajar dan perbaiki ye..”

Sempat saya selitkan beberapa tips dan pengalaman mengurus masa sepanjang 3 tahun saya hidup di bumi kinanah sana..
Mula2 memang la terkial2,lama2 insya Allah akan biasa dengan rentak kehidupan sebagai mahasiswa dalam memperjuangkan agama Allah..
Moga semua terus thabat..jalan ke syurga itu PAHIT dan SUSAH!!

p/s : untuk anak2 usrah saya..Rahmah,Ainun,Farhah,Fiza,Syafiqah,Rafidah,dan Aiman..moga rabithah hati dan ukhuwwah kita terus kuat dalam melaksana agenda2 tarbiyyah..kalian yang bakal meneruskan perjuangan kami nanti..get ready!!

Untuk sahabat yang selalu dekat di hati,Zulaikha Ali..selamat hari lahir yang ke 22 pada 30 Oktober 2009..nilai ukhuwwah ini terlalu murni untuk dicalari..moga Allah memberi kekuatan dan kemudahan dalam setiap langkah yang di atur untuk mencapai cintaNYA..hadiah??he,mama dan abah dah bagi laptop kan..hehe~

Monday, October 26, 2009

...ADVENTURE...


Semalam,25 Oktober 2009 bersamaan hari Ahad kami sekeluarga beriadhah di hutan Kemensah,belakang Zoo Negara tue..ha,sukan adventure menanti kami semua!!

We arrived lebih kurang pukul 9.30 pagi..rasa teruja nak naik ATV nie,tapi jantung berdegup laju..takut la pulak!!haha~posing2 je dulu dengan ATV tue..

After that,taklimat oleh guide dan terus training sekejap..fuuh~boleh tahan jugak la..



ha,ni tengah training la nie..naik bukit,press minyak..best memang best..tapi bila guide bagitau semalam hujan lebat dan tak tahu ape bahaya yang menanti dalam hutan 2,masya Allah..hanya mampu istighfar banyak2..moga takde benda buruk berlaku..


Alhamdulillah,lebih kurang 45 minit,kami (1st group) tiba di air terjun..tapi ade insiden kemalangan jugak yang berlaku..sepupu saya jatuh mase nak naik bukit tinggi dan sempat 'terbang' sebelum dihempap ATV..ha~perasaan je nak kena hempap tue..nasib baik,luka kecil je..


Subhanallah,waterfall!!sangat sejuk..dah tak sabar tengok air terjun nih..yang tak plan nak mandi pun,tergugat jugak..haha~enjoy this trip..

Tengok tue..mak pun tak lepaskan peluang..syukur,masih diberi kesempatan merasai saat bahagia ini..


10 of us..ready nak bertolak balik..terasa singkat benar waktu berlalu..haha~bersemangat betul..pesan guide,turun bukit jangan press minyak..tarik brek je..hehe~ok,baik..
And here..we go!!


Alhamdulillah,selamat sampai akhirnya..bercerita tentang pengalaman masing2,ada saje cerita yang buat kami ketawa..apa2 pun,saya puas!!hehe,boleh tahan lasak jugak saya nie..
kalau ada kesempatan lagi??..why not!!haha~
Thanx pada semua..yang support mimie,he..
Alhamdulillah!!

Nikmat bahagia..

Petang 24 Oktober 2009 di apartmen Sri Lavender,Sg Chua,Kajang...
Entah bila kami akan rasa lagi nikmat bahagia ini..banyak saat2 bersama seluruh ahli keluarga saya ketinggalan kerana keberadaan saya di perantauan..Paling sedih apabila saya tidak ada bersama semasa kakak melangsungkan hari bahagia..bukan seorang yang saya tinggal,tapi 2 orang!!..itulah lumrah hidup berjauhan..


Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk bersama mereka..ditambah dengan 2 orang abang ipar yang sentiasa menceriakan suasana,saya benar2 bersyukur punyai kesempatan ini..
K.Nadia (eldest sister) buat makan2 kat rumahnya..nak jamu nasi arab katanya,haha..boleh la,tapi x same la dengan nasi 'hadramaut' kat mesir nun..


Then,cheese cake kegemaran semua keluar..yang nie,sempena 2 tahun lepas birthday saya tak disambut bersama family..haha~untuk becoming birthday pun,ye jugak nie..
Thank ya,kak..sandal "crocs" dan purse tue,i love it!!hehe~


p/s : jangan sia2kan masa yang ada bersama keluarga..family is first before yang lain2..lebih cantik,buka majlis ilmu walaupun sekadar 10 minit bila dapat kumpul dalam ape2 event pun..pesanan penaja,SAYANGI KELUARGA ANDA..hehe~

Saturday, October 24, 2009

Selamat Pengantin Baru..


Alfu mabruk..selamat pengantin baru buat ukhti Fatin Khairollah dan ustaz Muhammad Hairullah Hassim..sahabat seperjuangan di bumi kinanah..
Kami sempat menghadiri jemputan perkahwinan pasangan ini pada 24 Oktober 2009 di alamat :

No 1,Lot 3680,Taman IBK,
Jalan Merak,Bt 9 Kebun Baru,

42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat,Selangor..

Berseri2 raut wajah mereka walaupun kelihatan agak penat..Alhamdulillah,moga bahagia hingga ke akhir hayat..bina bait muslim untuk membentuk masyarakat muslim yang cemerlang!!


p/s : tunggu habis study la,hu...adik amni macam biase,nak ikut balik..aura ape nie!!hehe..





Menjengah Realiti..

18 Oktober yang lalu,seharian saya dan kawan2 memanjangkan langkah..Syukur,perodua kancil putih WEK 8970 setia menjadi wasilah..seawal jam 9.30 pagi saya sudah keluar dari rumah..Ke mana destinasi saya??hehe..

1) ambil sarah di Suntex,Batu 9..terus menuju ke shah alam..sepanjang perjalanan,kami berkongsi rasa..saya bersyukur,dipertemukan dengan sahabat2 yang sama2 dalam perjuangan Islam..adik,moga kuat nak balik mesir nanti!!

2)kami tiba di Muzium Shah Alam..diadakan Majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri Alumni Selangor Al-Azhar..sekadar memenuhi jemputan,hakikatnya semua orang2 lama yang majoriti kami tak kenal..tak pe la,tapi dapat juga bersua dgn senior2 yang sempat saya kenal di Mesir beberapa tahun dulu..
Nak tau siapa yang kami jumpa??

*k.fitri,yang sentiasa nampak hebat!!
*ustaz khair zainal bersama zaujahnya,k.husna hadirin..
*ustaz ahmad yusuf bersama zaujahnya,k.onie..
*ustaz md noh bersama zaujahnya k.aida dan anak2nya yang comel..


Itu la antaranya yang saya betul2 kenal..sempat jadi AJK makanan,potong2 nasi impit dan sebagainya..huhu..saya,sarah dan zue sempat menyakat antara satu sama lain bila melihat anak2 kecil berlari-larian bermain sesama mereka..he,agaknya kita nanti macamana ye??
Moga terus thabat..risau juga saya,bila fikirkan..
3)destinasi seterusnya ke pejabat ahli parlimen shah alam..k.fitri yang kami kenal,biasalah..beliau ajak saya dan kawan2 untuk turut serta berprogram bersama Nisa' Shah Alam..Alhamdulillah,diberi peluang untuk saling berta'aruf..
Sempat diperkenalkan dengan organisasi baru Nisa' Shah Alam dan sedikit pembentangan tentang halatuju Nisa' untuk sesi ini..
Ya Rabb,terasa insafnya diri melihat golongan sayapkiri ini bersungguh2 untuk melebarkan seruan dakwah dan bersungguh2 untuk melaksanakannya..lebih terkesan bila kesedaran tentang perjuangan ini dibawa oleh mereka yang bukan dari golongan agamawan..
Jadi,sahabat2 semua fikirkanlah!!


4)rancangan kami untuk menghadiri Majlis Hari Raya di Markaz Tarbiyyah PAS pusat di Taman Melewar Gombak terpaksa kami batalkan kerana masa tidak mengizinkan.Kami singgah di rumah k.Fitri,dan kebetulan bertemu dengan K.Huda Qiraat Mansurah yang berkahwin dengan ustaz shoubro (jiran k.fitri,he)..Selamat pengantin baru,kak!!

5)ubah plan,dan terus ke rumah zue..he,nasib la tak sesat..
usu,mama,ily dan adik amni..thanx so much!!mase nak balik,amni pulak nak ikut..haha,aura ape la pulak yang saya ade ni..

Me : Amni nak ikut mama ke,k.aimie ke,k.sarah ke,atau k.long?
Amni : k.aimie..

I asked her beberapa kali..dan jawapannya sama je.."ikut k.aimie"..
haha..sungguh2 nak ikut..pakai stokin,amik beg besar..how cute lil girl!!
Usu zue,thanx ya..nice to know all ur family..

Seharian berjalan..saya sampai rumah hampir jam 10.00 malam selepas hantar sarah di R&R Bukit Dukung..penat,tapi puas..mencari pengalaman menjengah realiti..
Bagaimanalah saya nanti..
Untuk k.Fitri,syukran..melihat semangat dan kesungguhan akak,kami benar2 rasa teruja..doakan kami,moga2 dapat jadi hebat macam akak!!

p/s : indahnya nikmat ukhuwwah ini..andai berterusan dalam melaksanakan cita2 murni,moga ia akan menjadi pemudah jalan..Ya Rabb,moga kami semua terus thabat dalam perjuangan ini..

Masalah teknikal..

Adui..dah bersawang blog nie,dah lame x update..menghadapi beberapa kekangan..baru2 nie,hujan lebat..modem wireless di rumah terbakar dek petir yang sangat kuat,huhu..alhamdulillah,hari nie boleh sambung kerja2 yang tergendala..
moga segalanya mendapat pandangan Allah..ameen..


Tuesday, October 13, 2009

Sekali lagi..

Alhamdulillah,sekali lagi..sekali lagi dapat berpijak di bumi Malaysia ini pada 10 Oktober lepas..sedang menyusun waktu,memperbaiki diri untuk merancang sesuatu yang baik..mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik..

Dah mula rindu kesibukan di Mesir..sahabat2,teruskan perjuangan..
Saya akan catatkan apa yang patut kemudian..

Wednesday, September 30, 2009

Saat akhir ini..

Minggu-minggu akhir yang sangat sibuk..07 Oktober nanti akan diadakan Mesyuarat Agung Tahunan BKASM kali ke-34..10 Oktober nanti,saya pula akan 'terbang' sekejap ke Malaysia..menyelesaikan kerja2 yang belum habis..Doakan ye,dipermudahkan segala urusan kami..Lari ke Shoubro sebentar,beli buah tangan untuk keluarga tersayang..
Saya akan update di Malaysia nanti..

Monday, September 14, 2009