Wednesday, August 26, 2009

Indahnya menahan amarah..

Kemarahan yang tidak rasional akan mengundang pelbagai kesan terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling dari segi psikologi dan pergaulannya. Kemarahan berpunca daripada sifat ego yang lahir daripada sifat syaitaniah pada setiap manusia. Adalah suatu kemuliaan pada seorang hamba sekiranya dia dapat menahan perasaan marahnya. Namun, berapa ramai yang berjaya mengatasi rasa marahnya?


Tahap keteguhan seseorang dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza-beza.Ada yang mampu menghadapi kesulitan dengan hati yang tenang.Tidak kurang juga,ada yang menghadapi kesulitan kecil sahaja tetapi menganggapnya sebagai kesulitan yang amat besar.Semuanya bergantung kepada kekuatan iman seseorang.


Adakalanya,Rasulullah S.A.W juga marah.Namun,marahnya tidak melampaui batas kemuliaan dan marah baginda kerana kehormatan agama Allah.Tetapi kita??Adakalanya kita berasa sangat marah apabila seseorang menghina diri kita.Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita tercampak daripada kesedaran.Kita merasakan tidak mampu menerima penghinaan itu melainkan dengan marah atau lebih buruk lagi hingga menumpahkan darah.Na’uzubillah.


Telah disebutkan di dalam hadith Rasulullah S.A.W :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah S.A.W : “Berilah wasiat kepadaku”.Lalu Rasulullah S.A.W bersabda : “ Jangan marah”.Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya berkali-kali,sabda Rasulullah S.A.W : “ Jangan marah”.
Hadith diriwayatkan oleh Bukhari.


Jelaslah berdasarkan hadith di atas,menahan amarah adalah sikap muslim yang sejati.Wasiat Rasulullah S.A.W yang ringkas ini terhimpun padanya segala kebaikan dan menghalang segala kejahatan,iaitu kalimah “ Jangan marah”.


Sebagai contoh,seorang hakim yang tidak mampu menahan amarahnya tidak akan mampu memutuskan sesuatu perkara dengan adil.Begitu juga dengan seorang pemimpin yang mudah tercetus nafsu amarahnya,tidak akan mampu memberi jalan keluar bagi rakyatnya.Justeru itu,akan muncullah perpecahan dan permusuhan di kalangan masyarakat.


Dengan itu,suburkanlah hati kita dengan iman agar kewarasan akal dan keteguhan iman kita dapat membentengi amarah daripada tersasar dari landasan agama.Bermanis mukalah selalu agar hidup kita tidak dirundung resah gelisah kerana rasa amarah tersebut.SENYUM SOKMO!!


p/s : senyum tue kan sedekah paling mudah..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sambung sikit..Camana nak mengatasi atau menghilangkan rasa marah??


Bagi mereka yang sentiasa ingin mencari keredhaan Allah, tentunya ingin mencari penyelesaian kepada masalah marah secara tidak rasional ini.


Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :


1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah S.W.T akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.


2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.


3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.


4) Inganlah,kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.


5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda dalam keadaan marah.


6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minasy Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.


7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhuk kerana wudhuk dapat mengurangkan kemarahan.Marah itu panas seperti api dan wudhuk itu akan menyejukkannya.


8) Jika masih marah juga selepas melakukan perkara2 di atas,tidurlah. Kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.


9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah??Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang marah pada kita.Begitu jugalah orang lain yang melakukan kesilapan,dia juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.


p/s : tegur dengan hikmah itu lebih baik..semua orang tak suka kena marah..saya pun sama,hehe..

No comments:

Post a Comment