Wednesday, September 30, 2009

Saat akhir ini..

Minggu-minggu akhir yang sangat sibuk..07 Oktober nanti akan diadakan Mesyuarat Agung Tahunan BKASM kali ke-34..10 Oktober nanti,saya pula akan 'terbang' sekejap ke Malaysia..menyelesaikan kerja2 yang belum habis..Doakan ye,dipermudahkan segala urusan kami..Lari ke Shoubro sebentar,beli buah tangan untuk keluarga tersayang..
Saya akan update di Malaysia nanti..

Monday, September 14, 2009

HomeSweetHome...







Dalam kenangan,Al-Fatihah..


04 Ogos 2008 yang lepas,embah meninggalkan kami buat selama-lamanya..saya dapat tahu embah agak tenat beberapa hari sebelum saya dijadualkan pulang ke Malaysia pada 02 Ogos 2008..


Aturan Allah cukup indah..walaupun sebentar cuma,saya sempat menjaga embah di Hospital Teluk Intan sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ..


Abah saya dapat urgent call sebelum saya sampai ke rumah dari KLIA pada malam itu.Saya hanya sempat mencapai beberapa helai pakaian dalam beg bagasi dan terus bertolak ke Hospital Teluk Intan..


Syukur..saya sangat bersyukur tika itu..Moga Allah tempatkan embah di kalangan orang2 yang soleh dan beriman..ameen ~


p/s : dugaan hidup jauh di perantauan..musibah diterima,hati dicekalkan..yang pergi tetap pergi..yang hidup,teruskanlah kehidupan..

H.A.R.A.K.I ??


Ramai yang tegur saya..bila lagi nak masukkan entri tentang haraki??
He,saya masih cuba..mengarang sedikit2..mengulas isu semasa..boleh je nak copy and paste,tapi saya sendiri tak berapa gemar..nanti saya sendiri tidak menjiwai apa yang saya tulis..

So?tunggu la ye..

Ramadhan Kareem...


“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..”



Biasa nasyid ini menjadi halwa telinga kita..Seperti biasa juga,kita mengharapkan Ramadhan yang akan kita lalui lebih baik dari yang sebelumnya..moga2 itulah yang kita akan dapat..


Sedar tak sedar,kita sudah sampai kepada fasa yang ketiga dalam Ramadhan ini.Fasa yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.Fasa yang Allah janjikan pelepasan dari api neraka bagi sesiapa yang bersungguh2 mengerjakannya.Ayuh,kita masih punya masa!!

Sayu rasanya bila Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.Ketenangan pada bulan ini sukar didapati pada bulan2 yang lain.Ramadhan ini bulan ibadah..Ramadhan ini madrasah tarbiyyah..Ramadhan ini bulan mengekang semua hawa nafsu..Beruntunglah bagi sesiapa yang betul2 bersungguh melaluinya..


Besar sangatkah kelebihan Ramadhan ini?? Ya,terlalu istimewa bagi ummat Muhammad S.A.W..Kelebihannya besar berbanding bulan2 yang lain.Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang berbuat kebajikan dalam Ramadhan ini.Kerana itulah kita digalakkan untuk bersedekah,beri’tikaf di masjid,memberi makan anak yatim dan fakir miskin,serta kebaikan2 yang lain..


Rebutlah peluang terakhir ini..moga kita tergolong dalam orang yang berlumba2 mengejar kebaikan..Selamat tinggal Ramadhan..Terima kasih,Tuhan..


p/s : sibuk2 buat kuih raya pun,jangan sampai lupa nak hidupkan malam2 terakhir nie..

Saturday, September 12, 2009

Detik masa itu...


Alhamdulillah,diberi sedikit lapangan masa untuk mencoret sedikit peristiwa dalam ruangan ini..Berbagai perkara yang berlaku sepanjang minggu ini..Kadang2 saya pun jadi kalut..Nah,saya akan catatkan serba ringkas..


03/04 September - adik2 baru tiba di bumi Mesir..masing2 ceria nampaknya..saya juga punyai kesempatan untuk menjemput mereka di lapangan terbang..Alhamdulillah,selamat semuanya..


05/06/07 September - Hari Tautan Ukhuwwah 09 menyingkap tirai.Berbagai program dan slot diisi untuk mengenalkan mereka pada bumi Mesir,BKASM dan PMRAM sendiri.Sistem perkuliahan dan muzakarah berkelompok juga diselitkan.Syukran yang tidak terhingga buat seluruh adhoc HTU 09 dan USMB!!


07/08 September - Hari Tautan Ukhuwwah 09 melabuhkan tirainya.Adik2 pun nampak dah letih..Sempat hantar sms pada mak untuk ucapkan selamat hari lahir yang ke-54..moga dipanjangkan umur dalam keberkatanNya..Malam itu,saya berkampung di Hospital Hummiyat Abbasiyah kerana seorang pelajar baru (akhawat) disyaki menghidap influenza H1N1.Along saya balik Malaysia pun,saya tak sempat nak jumpa..Sorry,along..Alhamdulillah,akhirnya keputusannya negatif H1N1..syukur ya Rabb!!


08 September – Markaz bahasa adik2 sudah bermula..kerja sekolah pun banyak,kata mereka..moga terus kuat ye..


10 September – Umar dapat adik boy!!Tahniah buat Ustaz Farhan (along) dan K.Natrah..moga besar nanti,menjadi pejuang agama Allah..


11 September – Hari Jumaat seperti biasa,menghadirkan diri ke Liqo’ Raisat di markaz Hewi PMRAM..perbincangan masalah,input2 baru dan sebagainya banyak saya dapat dengan pertemuan ini..


Hmm,kesibukan meniti hari..adakala terasa futur juga..berbekalkan sedikit kekuatan diiringi nusrah Allah,kadang2 air mata ini gugur jua..saya gagal menyempurnakan semuanya dengan baik..muhasabah dan terus muhasabah..saya betul2 perlu berubah..

p/s : kalau kita rasa susah,lihatlah orang lain yang lebih susah dari kita..jadikanlah sekeliling kita sumber motivasi dan kekuatan..moga kita menjadi hambaNya yang bersyukur..

Friday, September 11, 2009

Rasa itu datang lagi....

September..Oktober..
Saya makin membilang hari..semua rasa bercampur baur..sedih,hiba,takut,gembira,kesal..Ya Allah,Kau uji lagi keyakinan ini..


Selalu terlintas dalam hati.."Adakah aku sudah melayakkan diri untuk menjadi pemimpin??"..gelodak hati ini cuba saya buang jauh2,mengembalikan fokus pada kerja-kerja saya yang semakin tidak terurus..


Saat akhir ini..saya cuba sedaya mampu untuk melunasi segala hak..mungkin terlalu banyak cacat celanya,namun itulah yang perlu saya terima..


Muhasabah,kritikan membina,cadangan dan pandangan benar2 saya harapkan..moga saya terus berlapang dada..ameen~


p/s : mohon maaf atas segalanya..Sama2 mengejar kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan ini..

Monday, September 7, 2009

Selamat malam semua..

Mencuri sedikit masa..adik2 sedang berprogram,slot bersama pegawai dalam program Hari Tautan Ukhuwwah 09..sambil2 mengajar 'along' saya nie nak buat blog,hehe..jangan marah ye,long..rasanya tidak sempat saya nak ceritakan semuanya kali ini..mungkin lain kali ye..


Untuk adik2..
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke bumi kinanah ini..harapan kami,moga kalian bersungguh2 menggarap segala ilmu di sini..kalian bakal menyambung perjuangan kami selepas ini..moga terus kuat!!


p/s : seronok tengok adik2 nie..semangat baru untuk kami yang lama2 nie..dapat adik2 Islamic Circle yang baru..moga ukhuwwah kita terus utuh..

Wednesday, September 2, 2009

Today is...


Hari nie dah 12 Ramadhan bersamaan 02 September.Saya mengajak sahabat2 semua mengejar fadhilat dan kelebihan bulan rahmat ini.Moga kita sama2 mendapat maghfirah dari Allah,mendapat rahmat yang banyaknya dari Allah.Jangan lupa terus tingkatkan amalan,upgrade iman dan delete semua dosa2.Oh ya,esok pelajar2 baru akan tiba di bumi kinanah ini.Jalankan peranan masing2 di pimpinan semua peringkat.Pesan saya,moga ikhlas dalam bekerja.Hanya Allah yang layak menilainya.Terus bekerja demi Islam!!