Thursday, June 3, 2010

IHZIMHUM!! WANSURNA 'ALAIHIM!!

IHZIMHUM!! IHZIMHUM YA ALLAH!!

ISRAEL LAKNATULLAH!!

Semoga Allah memberikan nusrah buat seluruh pejuang agamaNya..
Dalam sibuk menjalani imtihan,melayan kesibukan duniawi..jangan lupa untuk berdoa buat saudara-saudara kita di sana..
Jangan remehkan sengsara saudara seakidah kita!!

Ya Allah,
Kau sebaik-baik pemelihara..
Lindungilah mereka,berikan kekuatan buat pejuang agamaMu..
Kami menadah tangan,memohon padaMu..
Kerana itu saja kekuatan dan senjata yang kami ada..





Ya Allah,
Hancurkan mereka..
Hancurkanlah Israel Laknatullah!!

Thursday, April 15, 2010

Sahabat Fillah..


Ya Allah,peliharalah sahabatku ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya..sayangi dia di kala rasa sayangku tak mampu mengheretnya walau selangkah menuju Engkau..

Ya Allah,perhatikanlah dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata-kataku sahaja..kerana Engkau punyai segala yang aku tidak punya..kerana aku ingin dia selalu menjadi temanku untuk agamaMu..

Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui apa yang hambaMu ini tidak ketahui..

p/s : rindu bila berjauhan..moga terus thabat dalam perjuangan!!selamat bekerja dengan penuh dedikasi di posisi masing-masing!!..miss ya~

Saturday, April 10, 2010

Happy Birthday,abah!!


Hari ini bersamaan 10 April 2010,hari lahir abah saya yang ke-55..Alhamdulillah,masih diberi kesihatan yang baik untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan Islam.

Abah,
Happy birthday..moga dipanjangkan umur dalam keberkatan..
Doa mimie,moga abah terus diberi kekuatan untuk menunaikan segala perintahNya..
Moga Allah memelihara dan menjaga abah dengan sebaik-baik pemeliharaan..
Thanks for everything..Love u,abah!!

Monday, April 5, 2010

Ahlan ke teratak Raudhatus Sakieenah..

Semalam (04 April 2010),saya dan housemate jemput adik2 medic Selangor tajaan LZS datang ke rumah..
Niat kami memang nak jamu adik2 nie makan sambil2 menaut hati untuk lebih erat dalam menjalinkan ukhuwwah ini..

Simple saja..saya mulakan dengan sesi ta’aruf,then terus jemput makan..tapi,adik2 nie ada buat surprise untuk sorang kawan mereka,Nadia..sempena menyambut kelahiran yang ke- 19..

Alhamdulillah,semua berjalan dengan lancar..adik2 nie pun sangat excited nampaknya,haha~
Penat??boleh la..sendirian ‘berperang’ di dapur..well,sangat puas!!

To Ain,Safirah,Fathiyah,Fahim,Ilya,Hidayati,Farehah,Hajar,Syafiqah,Izzah dan Nadia..
Thanks,sudi datang..moga ukhuwwah ini berkekalan,ameen~

Belajar dari si kecil..

Jiran kecil kami..Maryam,4 tahun dan Dahab 10 tahun dari Turkmenistan..
Sangat comel..fasih berbahasa arab..

Satu petang,si adik,maryam datang ke rumah kami mengetuk pintu..berani!!
Taa’jub sebab pandai ajak kami bersembang..sambil2 bertanya beberapa kalimah dalam bahasa melayu..so cute!!

Malam yang lain,si kakak dan adik datang lagi..berniqab!!
He~habis berposing nak bergambar..setiap sudut nak dirakam..

Finally,seronok..dapat belajar bahasa,walaupun dari si kecil ini..

Saturday, April 3, 2010

haha~ i'm loving it!!


sony ericsson w705 (pinky)
it's mine!!he~

yAng ku riNdu..


Ibu saya,Puan Roliyah Siraj..yang sejak dulu mendidik dengan ketegasan..tapi sangat penyayang..
Luv u,mum..


Abah,Encik Muhamad Suyat Abdul Kadir..sangat mudah untuk didampingi..musyawarah baginya penting,walaupun dengan anak2..kata abah "we like to share and solve.."
miss u,dad..

Monday, March 29, 2010

KITA dan LEBAH

Background blogspot saya telah berubah kepada background lebah (bee)..Dengan itu,saya ingin berkongsi bersama sedikit pengetahuan mengenai lebah..

Tergerak hati saya untuk mencari sedikit pengetahuan melalui pembacaan tentang serangga kecil yang telah dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur’an iaitu pada surah An-Nahl.
Tentu ada keistimewaannya,kan??

Jika kita amati hakikat penciptaan lebah,terdapat sifat-sifat istimewa padanya yang boleh kita pelajari dari serangga kecil yang berbisa ini.
Antaranya ialah:

1.Lebah hinggap di tempat yang bersih dan menghisap yang baik-baik
Lebah hanya menghisap sari bunga. Sari bunga yang letaknya tersembunyi di dalam bunga sudah pasti adalah sari makanan yang baik dan menyihatkan.Ia tidak tercemar oleh debu atau sesuatu yang membahayakan yang lainnya.Lebah hanya menghisap sari bunga tertentu sahaja,bukan dari sebarangan bunga.Lebah juga memberi manfaat kepada bunga itu iaitu membantu proses penyuburan pohon tersebut.
Pengajaran:Selaku seorang muslim,kita hendaklah mencari rezeki dari sumber yang halal.Lebih baik makan roti keras hasil usaha yang halal daripada makan pizza hasil wang kita mencuri.

2.Lebah memberi manfaat pada lingkungan sekitar
Semua orang tahu madu itu berasal dari mana. Madu dihasilkan oleh lebah.Dan madu merupakan salah satu minuman yang penuh gizi dan boleh dijadikan penawar sebagaimana disebutkan dalam Al Quran.Manusia boleh mengambil manfaat dengan meminum madu tersebut. Kesihatan tubuh akan terjaga jika kita minum madu secara teratur.
Pengajaran : Seorang muslim haruslah bermanfaat untuk orang lain.Disebutkan dalam hadith Rasulullah S.A.W bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain”.

3.Lebah tidak mencederakan atau melukakan kecuali apabila diganggu
Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan hanya menyerang apabila merasa terancam atau terganggu. Untuk mempertahankan kehormatan umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepaskan sengatnya di tubuh pihak yang diserang.
Pengajaran : Kita harus memiliki sensitiviti terhadap sesuatu isu yang melibatkan maruah agama Islam itu sendiri.Bukan hanya berpeluk tubuh mendengar dan menyaksikan kezaliman Yahudi membantai saudara-saudara seagama kita,tetapi seorang muslim yang menghayati erti sebenar perjuangan Islam akan bangkit membela agamanya walaupun terpaksa bertaruh nyawa.

4.Lebah serangga yang bekerja keras
Lebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk diisi dengan telur baru. Selepas berumur tiga hari ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya ia bekerja dengan penuh semangat .
Pengajaran: Bukankah Allah pun memerintahkan orang mukmin untuk bekerja keras? Rezeki itu takkan datang bergolek..

5.Lebah bekerja secara berpasukan dan tunduk pada satu pimpinan
Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu hormon) yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat penggera bahaya. Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap yang perlu ada bagi mereka yang beriman.
Pengajaran : Pentingnya muslim berada dalam satu kelompok atau jemaah kerana di situlah kekuatan dibentuk.Lebih-lebih lagi untuk mencapai hadaf Daulah Islamiyah,intima’ kita kepada satu jemaah yang membawa Islam berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan itu tercapai.

Beberapa sifat dan karakter lebah yang disebutkan di atas seharusnya dijadikan contoh tauladan bagi kita selaku yang bergelar muslim.
Sungguh indah peribadi lebah yang Allah biaskan untuk manusia mengambil pelajaran dari serangga kecil ini.Dan tidak sia-sia juga Allah mengabadikan serangga kecil istimewa ini pada satu surah di dalam Al-Qur’an..SUBHANALLAH!!

Sunday, March 28, 2010

Keperluan menjaga diri dan peribadi..

Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Berwajah baru..

Salam ziarah buat semua..
dah berwajah baru..'gatal' tangan nak meng'edit'..
hmm,bulan Mac hampir tiba ke penghujungnya..
bermakna berbaki sebulan saya akan menduduki final year exam..
mohon doa semua,dipermudahkan jalan..
memberi kegembiraan buat permata hati,mak dan abah..
mohon nusrahMu,ya Allah..

Pesanan buat diri..
> jaga masa..
> harus pulang segera,menyambung cita..
> jangan mudah leka dengan 'keseronokan' dunia..
> ikhlas,berjuang di jalanMu..

Thursday, February 25, 2010

Rabbi Yassir..

Dewan imtihan ini saya tinggalkan untuk sementara waktu..
Bulan Mei dan Jun,akan saya jengah lagi..


Alhamdulillah,dengan segala nikmat yang Kau kurniakan saya masih berada di sini..melalui hari-hari di bumi perlembahan Nil ini..
Suka..duka..adakala dengan perasaan yang sangat payah,perlu saya lalui jua..
Semangat yang merundum jatuh tiba-tiba,perlu saya kawal..moga bibit-bibit untuk putus asa itu tidak muncul..Allah~ mohon kekuatan!!


Saya tinggalkan taujihat ini..untuk diri saya khususnya serta sesiapa yang membacanya..

Pesan IMAM SYAHID HASSAN AL BANNA :


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka akan aku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,akan tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..

Tuesday, January 26, 2010

Moga kehidupan diberkati..

....sekadar hiasan...no cake,sebab exam!!he~...

Today,on my birthday.. ( 26 Januari )
Thanks for all the wishes..
Family,kawan2..

I'm 23 now..
moga dengan pertambahan umur ini,seiring dengan pertambahan ilmu dan semakin mematangkan diri..
hmm,semua harap saya akan balik habis dengan sebuah kejayaan akhir tahun nie..
Doain,ya!!he~

.....pesanan buat diri......
> jangan putus harap..
> tunaikan harapan orang tersayang..
> doa untuk semua...

Tuesday, January 12, 2010

Doa jadi penghubung kita..


Assalamualaikum warahmatullah..
My dearest frenz,ateh..
Kaifa haluki..?mesti banyak dah study+apal,kan?hu2,bagus2,keep up a gud work!usu punye study agak serabut dan kelam kabut,mohon didoakan..masing2 jauh nih,payah rasenye..neway,doa jadi penghubung kita..usu doakan ateh najah & balik abes,dan doakan yang terbaik wat usu..slamat study..doakan kejayaan bersama,salam juang..terima kasih utk semua..love u my frenz..


“JANJI KITA”
-usu-

Then,I reply it in this blog..


To my dearest friend,usu..
Thanx for the letter ,I got it from alang..ateh sihat,alhamdulillah..
Waa..sedih..i feel the same too..
Berat,susah,perit..tapi inilah jalan yang kita perlu depani..
Ateh doakan usu jugak..najah+tentunya balik abes sama2..
Make a change,moga usu tak terlalu sedih dengan ‘jarak’ ini..
I’ll do the same..
Ateh mohon,Allah mudahkan segala urusan kita..limpahkan nusrah buat kita..
Jangan putus asa..doa penghubung hati kita..


Usu..
Juz remind both of us..
Jadilah benih yang subur,dicampakkan ke mana pun ia tetap beri manfaat pada orang lain!!
Salam juang tanpa noktah..thanx 4 being there,everytime I need u..
UHIBBUKI FILLAH..

 Lotsofluv,..
~ateh~
  Walidain..

Sunday, January 10, 2010

Q.A.L.B.I.E.Y

...tenang...
...kadang2 rase serabut jugak nak exam nie...
...banyak benda dah berubah,hmmm...
..study,kerja,my real life...

...rindu...
..nak peluk mak abah..
..nak amik semangat yang tak pernah padam..
..cepat,kena balik habis this year..

...aimie...
..just take a time..
..looking around,do something..
..they trust you!!..
...tolong perbaiki...

..Rabbi..
..kadang2 hilang rase yakin dalam diri..
..rasa tak mampu ini selalu bertamu..
..menghindar,kembali lagi..
..tolong hamba..

..mohon,jangan berpaling lagi..
..teruskan..
..aku yang kena kuat..
~ ALLAH...~

Wednesday, January 6, 2010

Ma'at taufiq wan najah..


Salam imtihan buat semua mahasiswa/wi di perlembahan Nil..

Tahun baru 2010 sudah menjengah,ini bermakna imtihan kita semakin hampir..
Didoakan moga semua bersungguh2 mendepani imtihan ini..

Tahun akhir ini,cukup menggentarkan..harapan mak abah,keluarga dan sahabat2 yang perlu saya kotakan..perancangan demi perancangan telah dibuat,namun segalanya saya kembalikan pada Allah kerana Dialah sebaik perancang..doa saya,moga laluan saya menjadi mudah dengan nusrahNya..


Buat mak dan abah..
Tiada apa yang mampu mimie persembahkan buat mak dan abah..melainkan usaha yang sekelumit ini..ini pun belum tentu membuahkan kejayaan dengan izinNya..mimie mohon,doa mak abah sentiasa mengiringi setiap langkah mimie di sini..moga di sana ada keberkatan dan redho dari mak abah..

Jadual imtihan saya..Tahun 4 Syariah Islamiah cawangan Kaherah (banat sahaja)

17hb Januari 2010 – Adab balaghah
20hb Januari 2010 – Tafsir Ayat Ahkam
24hb Januari 2010 – English (tapi dah hazaf,he)
27hb Januari 2010 – Qoah Bahas Qawaid Fiqhiyyah
31hb Januari 2010 – Qawaid Fiqhiyyah

Waktu imtihan : Jam 1 – 4 petang..

p/s : Tiada kejayaan tanpa usaha dan ikhtiar..persembahkan yang terbaik,moga kemanisan yang bakal kita rasai bersama..