Saturday, August 29, 2009

Comel tak saya??hehe..


Sepupu saya,Wildan Nubhan namanya..Rindunya nak kumpul bersama..cepatlah masa berlalu,tak sabar menanti Oktober..


"Nak plan gi mane2 balik nanti,gitau abah.."kata mak masa saya telefon sebulan yang lepas.."Eh,masa mimie balik nanti kan mak tak cuti?.."tanya saya.."Plan la pape dengan abah dulu,cuti tu mak boleh uruskan.."ujar mak..
Dalam hati,seronoknyeeeee....hehe..


Tak sabar rasanya..nak peluk mak abah..Ya Allah,rasa tak tertanggung rindu nie..Mujur diri saya agak kuat..Jarang telefon,message family pun kadang2 je..kesibukan keluarga pun sangat2 saya fahami..it's ok,moga doa mak abah yang tak pernah putus mengiringi setiap langkah di sini..


tit..tit..message received


>Salam..abah baru balik dari sabak,kenduri.Umah tgh sibuk ni,ada shooting product HPA.Anyway have good session with Dr Hassan and continue your jihad work..


p/s : Thanks abah..


tit..tit..message received


>W'slm,Tahniah dapat naik tahun 4.it's ok carry 1 je.Doa kami agar mimie,so blh study dgn rengsa.Kerja ni bz sikit,cpt penat so tido cepat.Best tu dpt berinteraksi dgn Dr Hassan Ali.Anyway jaga diri baik2.Jgn lupa balik M'sia..


p/s : Luv u,mum.."Jgn lupa balik M'sia?.."haha~juz wait,mum..i'll be there soon..

Liqo' Gabungan Akhawat...28 Ogos 2009...



Alhamdulillah,liqo’ gabungan akhawat telah berjaya dilaksanakan di bawah kelolaan jabatan nuqaba’ iaitu ukhti Zulaikha Ali dengan kerjasama para naqibat yang lain.Terpancar riak ceria dan gembira ahli-ahli BKASM yang menyertainya.Apa lagi yang lebih indah,apabila nilai ukhuwwah ini dapat dirasai bersama..Saya pun rasa seronok lihat sahabat2 dan adik2 bersemangat nak berusrah nie..

Majlis dibuka dengan Ummul Kitab seterusnya dipengerusikan oleh ukhti Khairunnisa’ Helmi Azhar ,adik tahun 1 dari Iskandariah.Slot yang pertama dimulakan dengan tazkirah Ramadhan oleh ukhti Khairunnisa’ Mohd Khusainy.Banyak input baru yang saya dapat.Yang menarik,apabila beliau mengaitkan bulan Ramadhan sebagai bulan percintaan.Bukan bulan percintaan antara hamba dengan hamba,tetapi bulan percintaan antara hamba dengan TuhanNya.Kenapa mesti disebut bulan percintaan??Sebabnya,Allah menurunkan rahmat dan maghfirah yang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya.Dalam bulan Ramadhan juga,Allah menurunkan ‘surat cinta’ iaitu Al-Qur’an sebagai panduan untuk manusia.Kita juga digalakkan untuk sentiasa memohon keampunan kepada Allah S.W.T.Rugilah kiranya sehingga akhir Ramadhan kita tidak memohon keampunan tersebut.Mabruk ukhti,tazkirah yang menyegarkan jiwa.



Slot kedua diteruskan dengan acara kuiz.Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberikan.Soalan tersebut berkisar tentang manhaj usrah sendiri iaitu tafsir,sirah dan hadith.Ada juga soalan yang berkisar tentang PMRAM,muwasafat tarbiyyah,dan lain-lain.Menguji minda??tentu sekali..


Talkshow pula diisi untuk slot ketiga.Bertemakan “Menghadapi mad’u,bersediakah kita??”,talkshow ini menampilkan 2 orang ahli panel iaitu ukhti Huzaimah Mustaffa dan ukhti Nurul Huda Md Tahir serta seorang moderator yang tidak asing lagi iaitu ukhti Siti Najwa Md Zin.Talkshow yang dibawa lebih merujuk kepada mad’u iaitu pelajar2 baru yang akan tiba pada awal September depan.Berkisar tentang definisi,masalah yang dihadapi sekarang dan peranan kita sebagai dai’e kepada mereka.Masalah ukhuwwah,kesatuan,lack of thaqafah,qudwah hasanah telah dibincangkan dan penyelesaian telah diperincikan.Setelah mengetahui masalah,peranan pula dibentuk untuk menutup dan menyelesaikan masalah-masalah tersebut.Sebenarnya,peranan kita banyak..tetapi berFUNGSIkah kita??

Untuk akhirnya,saya sendiri menyampaikan kalam taujihat buat ahli keluarga yang sangat saya sayangi di perlembahan Nil ini.Mengajak sama-sama menghayati Ramadhan,menekankan betapa pentingnya usrah untuk proses pentarbiyyahan diri,seterusnya sedikit info tentang kedatangan pelajar baru,kepulangan Raisah Hewi PMRAM ke Malaysia serta pengukuhan thaqafah.Sebelum tutup,saya rasmikan penutupan liqo’ dengan Al-Fatihah.

Tak lupa,iftor jamai’e sesama akhawat berlangsung pada malamnya..Nasi ayam,meleleh air liur dibuatnya..hehe..



p/s: walaupun singkat,saya benar2 bersyukur..Syukur,kerana kami masih dapat menikmati nilai ukhuwwah ini.Syukur juga,komitmen yang diberikan amat baik termasuk keluarga muhafazah yang turut serta.Untuk sahabat2 dan adik2,jagalah nilai ukhuwwah ini.Anda yang bakal meneruskan perjuangan ini.. ~SETIA BERSAMA UKHUWWAH~

Friday, August 28, 2009

Sekadar menginsafi diri..


Bila terasa mahu mengomel dan merungut dengan ujian yang menerjah,inilah masanya hati berperanan untuk banyak2 beristighfar mengingati Allah..

Jagalah lidah..saiznya kecil,tetapi bahana digunakan untuk perkara2 yang mengundang kemarahan manusia dan murka Allah maka besarlah dosanya.. Hebat sangatkah diri,bila minta tidak diuji??Tinggi sangatkah darjat,bila mengeluh menghadapi kepayahan??Sedangkan Rasulullah,insan yang paling dikasihi Allah pun diuji..



Usah bangga dan meninggi diri,bumi yang kita pijak ini milik Allah..langit yang kita naungi ini juga milik Allah..


Gembiralah dengan ujian kerana Allah tahu ujian itu yang akan mendekatkan hamba dengan Rabbnya..

p/s : sejauh mana kita menerima ibtila’ yang datang sebagai satu saringan untuk Allah mencari hamba-hambaNya yang tabah,sabar,kuat,dan redho????

Wednesday, August 26, 2009

Rindu TAMAN itu..


“ Di sinilah tempatku bermula..menimba ilmu milik Yang Esa..buat bekalan dunia..akhirat jua tidak dilupa...”


Terkenang saat 12 tahun yang lepas,masih segar dalam ingatan..menjejakkan kaki di madrasah tercinta Raudhoh Tahfidz Al-Qur’an Sungai Serai..tika itu umur saya baru 10 tahun.Pertama kali berpisah dengan keluarga dan menetap di asrama yang membenarkan pelajarnya pulang bercuti hanya 3 kali setahun.Syadid sungguh!!Namun,itulah sesi pentarbiyyahan awal yang saya rasai.Siang dan malam tak pernah berhenti menghafaz kalam2Mu..

Ya Allah,betapa saya rindukan suasana di taman itu..indah dan tenang sekali bila mendengar suara anak2 tak henti-henti melafazkan kalamMu..

Saya membesar di situ..kawan-kawan dan guru-guru sudah saya anggap seperti keluarga sendiri..membesar di tempat ala pesantren,banyak mengajar saya bahawa barakah itu penting..kami berlumba2 berkhidmat untuk guru2..yang penting ikhlas,Allah yang layak ganjarinya.



Disuruh berdiri,dirotan,ketuk ketampi..itu situasi biasa kami bila prestasi hafazan merosot..dileter,dimarah dek guru sudah lali bagi kami..


Syukur,tamat jua hafazan saya..berhempas pulas hampir 4 tahun,akhirnya impian saya tercapai..saya tekad,untuk terus kekal di situ untuk ulang keseluruhan juzuk sebanyak 8 kali..namun,kemampuan saya terbatas..


Hampir 6 tahun di taman itu,akhirnya saya keluar juga.Pernah menyimpan hasrat untuk menghabiskan seluruh kehidupan berkhidmat di situ,tetapi tak kesampaian.Sedih bila meninggalkan keluarga kedua saya,namun perjuangan tetap saya perlu teruskan..


2003 - masuk tingkatan 4 tanpa PMR ( UPSR pun saya tak ambil ) di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat @ SAMTEN.
2004 – masih di SAMTEN,menduduki SPM.
2005 – menduduki STAM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,Banting ( SAMTTAR )
2006 – akhirnya saya di sini,Mesir hingga sekarang (2009)..



Alhamdulillah,Allah mudahkan segala urusan saya.Pahit manis,suka duka sepanjang perjalanan ini akan saya abadikan..TAMAN itu tetap tidak boleh saya lupakan..kerana segalanya bermula di situ..


p/s : Allah dah atur cantik perjalanan hidup kita..hanya terserah pada kita untuk menikmati dan mensyukuri nikmatNya..Ustaz2 dan ustazah2,mohon halalkan dan redho atas segala ilmu yang telah dicurahkan..hidup susah dulu,banyak beri pengalaman..

Indahnya menahan amarah..

Kemarahan yang tidak rasional akan mengundang pelbagai kesan terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling dari segi psikologi dan pergaulannya. Kemarahan berpunca daripada sifat ego yang lahir daripada sifat syaitaniah pada setiap manusia. Adalah suatu kemuliaan pada seorang hamba sekiranya dia dapat menahan perasaan marahnya. Namun, berapa ramai yang berjaya mengatasi rasa marahnya?


Tahap keteguhan seseorang dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza-beza.Ada yang mampu menghadapi kesulitan dengan hati yang tenang.Tidak kurang juga,ada yang menghadapi kesulitan kecil sahaja tetapi menganggapnya sebagai kesulitan yang amat besar.Semuanya bergantung kepada kekuatan iman seseorang.


Adakalanya,Rasulullah S.A.W juga marah.Namun,marahnya tidak melampaui batas kemuliaan dan marah baginda kerana kehormatan agama Allah.Tetapi kita??Adakalanya kita berasa sangat marah apabila seseorang menghina diri kita.Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita tercampak daripada kesedaran.Kita merasakan tidak mampu menerima penghinaan itu melainkan dengan marah atau lebih buruk lagi hingga menumpahkan darah.Na’uzubillah.


Telah disebutkan di dalam hadith Rasulullah S.A.W :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah S.A.W : “Berilah wasiat kepadaku”.Lalu Rasulullah S.A.W bersabda : “ Jangan marah”.Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya berkali-kali,sabda Rasulullah S.A.W : “ Jangan marah”.
Hadith diriwayatkan oleh Bukhari.


Jelaslah berdasarkan hadith di atas,menahan amarah adalah sikap muslim yang sejati.Wasiat Rasulullah S.A.W yang ringkas ini terhimpun padanya segala kebaikan dan menghalang segala kejahatan,iaitu kalimah “ Jangan marah”.


Sebagai contoh,seorang hakim yang tidak mampu menahan amarahnya tidak akan mampu memutuskan sesuatu perkara dengan adil.Begitu juga dengan seorang pemimpin yang mudah tercetus nafsu amarahnya,tidak akan mampu memberi jalan keluar bagi rakyatnya.Justeru itu,akan muncullah perpecahan dan permusuhan di kalangan masyarakat.


Dengan itu,suburkanlah hati kita dengan iman agar kewarasan akal dan keteguhan iman kita dapat membentengi amarah daripada tersasar dari landasan agama.Bermanis mukalah selalu agar hidup kita tidak dirundung resah gelisah kerana rasa amarah tersebut.SENYUM SOKMO!!


p/s : senyum tue kan sedekah paling mudah..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sambung sikit..Camana nak mengatasi atau menghilangkan rasa marah??


Bagi mereka yang sentiasa ingin mencari keredhaan Allah, tentunya ingin mencari penyelesaian kepada masalah marah secara tidak rasional ini.


Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :


1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah S.W.T akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.


2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.


3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.


4) Inganlah,kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.


5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda dalam keadaan marah.


6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minasy Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.


7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhuk kerana wudhuk dapat mengurangkan kemarahan.Marah itu panas seperti api dan wudhuk itu akan menyejukkannya.


8) Jika masih marah juga selepas melakukan perkara2 di atas,tidurlah. Kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.


9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah??Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang marah pada kita.Begitu jugalah orang lain yang melakukan kesilapan,dia juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.


p/s : tegur dengan hikmah itu lebih baik..semua orang tak suka kena marah..saya pun sama,hehe..

Adik-beradik AJKT sesi 08/09..






Hampir tiba masanya..melewati bulan-bulan terakhir ini,usaikan semua amanah yang telah diberikan..moga kita tidak membebankan orang lain dengan kerja2 kita yang terbengkalai..selalu Along pesan,kita tetap bekerja untuk Islam..tidak kira di mana jua posisi kita..hmm,tentu kalian semua lebih faham..harapan Along,moga kalian bersedia..andai tidak terpilih untuk menerajui kepimpinan BKASM akan datang,jadilah ahli yang benar2 faham mengapa kita perlu mendokong BKASM dan PMRAM yang kita cintai..teruskan bekerja,kerana bukan jawatan dan pangkat yang kita cari...


“ Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku..sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan selepas mati..ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang..semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri..aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka..Jika aku dapat,aku ingin setia bersamanya..” ( Imam Syafi’e)


Ya Allah,titipkanlah selaut kekuatan buat hamba-hambaMu yang lemah ini..Biar ke penjuru dunia,biar melangit musafir kami..pasti Islam kami genggam rapi!!

p/s : buat andak,alang,anjang,acu,usu dan achik..syukran banyak membantu sepanjang cuti musim saifi nie..untuk ateh,ude,angah dan anje di Malaysia..alfu mabruk dan syukran kerana membantu menjayakan program2 BKASM di Malaysia..Moga usaha2 kita,Allah nilai dan ganjari dengan selayaknya...Ameen..

Erti syukur..

Terbaca satu artikel nie..rasa nak share sama..betul la,kita memang patut bersyukur....


SESUNGGUHNYA KITA PATUT BERSYUKUR..


1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.


2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.


3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.


4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, itu bermakna kita cukup makan.


5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.


6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.


7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok,itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.


8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.


9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.


10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...






p/s : tapi,jangan lupa pulak..nikmat paling besar yang patut kita syukuri sebagai seorang yang berpegang kepada aqidah iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..sama-sama kita jaga iman,moga2 kadarnya terus naik..

Ahli bait yang disayangi..




Situasi yang sama berlaku setiap tahun.Bila ramai yang pulang bercuti ke Malaysia,rumah2 kian kosong.Saya sendiri pun hanya bertiga sahaja selepas dua orang ahli bait pulang bercuti.

Suasana yang dulu ceria kian suram dan hambar apabila masing2 mula sibuk dengan kerja2 lajnah,program BKASM dan PMRAM sendiri.Saya sendiri rasa begitu,kadangkala tiada masa yang banyak untuk diluangkan bersama.Kalau pun lapang di rumah,memerap dalam bilik menghadap laptop menyempurnakan tugas2 timbalan setiausaha yang saya pangku.Menyusun dan mengemaskini segala gerak kerja persatuan di sebelah akhawat.Waktu makan pun dah takde timing,masak dan makan ikut dan je..sepatutnya,waktu makanlah waktu bahagia untuk kami semua berkumpul.Ya Allah,lalainya saya atas amanah yang kecil ini.


Pada ahli bait azie dan erma terutamanya,maaf saya pohon.Mungkin banyak perkara yang kalian kecil hati dan simpan..banyak hak yang tidak tertunai..kalau rasa ada perkara yang boleh menimbulkan sengketa,kenang2lah apa yang kita dah lalui sepanjang bersama.Saling memahami,itu lebih baik..
Rindu masa berlima dulu..kemas rumah,jalan2 kat city star,haha...memories never die..


p/s : selamat berpuasa buat mimi dan mawad kat m’sia..azie dan erma,pasni boleh sahur kat rumah dah..nanti akak masak,hehe..

Tuesday, August 25, 2009

Senang bukan syarat tenang..

Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tetapi bila menjadi perkataan senang dan tenang,bunyinya boleh membuatkan orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak confuse. Sebenarnya pakar bahasa Melayu dan orang yang tidak pekak pun selalu confuse tentang dua perkataan ini. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tidak kira tahu berbahasa Melayu atau tidak..tidak kira telinga pekak atau peka.. sedangkan senang bukan syarat tenang.....
Orang yang tinggal di banglo besar,kita mengatakan mereka orang senang..tetapi tidak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab itulah mereka memasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumah mereka. Bukan kerana senang, tetapi kerana tidak tenang.Kerana apa??Takut dan bimbang menghantui mereka setiap masa,jikalau waktu mereka masuk melalui pintu depan, pencuri dan penyamun masuk melalui pintu belakang.
Berbuat dosa juga senang,tetapi side-effectnya membuat hati kita menjadi tidak tenang,malah resah gelisah. Kerja mengata orang dan mengumpat seumpamanya,boleh dibuat dengan senang.Gerakkan lidah,betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut.Tetapi selepas itu,hati dilanda serba salah dan serba tidak tenang.
Yang payahnya, orang mahu nampak tenang dengan senang. Tenang itu berharga..perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Mengunyah agar-agar pun,berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!!
Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar boleh dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata..segala yang berbentuk zahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tetapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.
Bila hati tenang, tempat yang sempit pun terasa lapang..tetapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.
Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikir mengingati Allah. Bila menyebut zikrullah, kita selalu membayangkan perlunya kita duduk di tikar sembahyang dan membaca zikir berjam-jam.Sebab itu kita merasa pelik jika dikatakan zikrullah boleh membuat hati merasa tenang.. kerana ramai orang yang sudah berzikir,tetapi tetap tidak tenang. Di mana salah dan silapnya?
Tenang itu dirasai oleh hati..jika zikrullah hanya meniti di bibir,hati tidak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati..mengingati Allah pada setiap detik perjalanan hidup,itulah hakikat zikrullah.Jika sekadar melafazkan " Alhamdulillah " beribu kali tetapi hati tidak ingat Allah itulah dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar melafazkan ayat zikir,mungkin burung kakak tua pun boleh menyebutnya jika dilatih setiap hari.
Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang jika lidah menyebut "Alhamdulillah " tetapi hati berkata " Tidak sepatutnya Allah tidak memakbulkan doa aku".
Bila mengingati Allah ketika susah, Allah akan memberikan kita ketenangan.Bila kita melupakan Allah ketika senang, Allah akan mencabut rasa tenang di hati.Bila mengingati Allah di waktu susah dan senang, hati tetap tenang.
Lebih baik mendapat tenang daripada senang. Tetapi jika memperolehi kedua-duanya,beruntunglah kita!!

KALAU HIDUP TERASA SEPI...



Sepi terasa,bila jauh dari keluarga...kesibukan dengan tugas seharian,tak pernah mengurangkan ingatan pada keluarga terutamanya mak dan abah..Ya Allah,moga mereka selamat dalam pemeliharaanMU.. Abah,this song is specially dedicated for you..thanks for everything,ya..


Tika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan..



Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan kau setia mengajarku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya
Biarpun kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan..

Tak dapatku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau di sisi

Sebuah kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati..


p/s : tunggu mimie balik.......

Monday, August 24, 2009

Here I start...

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam Ramadhan..Alhamdulillah,akhirnya terhasil juga..Moga-moga penulisan ini nanti dapat dikongsi bersama seterusnya memberi manfaat kepada siapa jua yang membacanya..
Terus bekerja untuk Islam..salam juang tanpa noktah!!