Tuesday, November 17, 2009

10 wasiat untuk pejuang..



Bacalah,renungilah..kemudian terus beramal..


1.Apabila mendengar azan,maka bangunlah mendirikan solat serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah A-Qur’an,sibukkan diri dengan majlis ilmu dan amalkan zikrullah.Janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan perkara yang tidak berfaedah.

3.Berusahalah sedaya mampu untuk bertutur dalam bahasa Arab dengan baik,kerana itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara,kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana ia boleh menyakiti orang lain.

8.Jauhilah daripada mengumpat tentang orang lain dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang boleh memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara muslim kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.Oleh itu,bantulah saudara kita sendiri untuk menguruskan masa dengan baik.

p/s : perkara yang mudah,tapi kadang2 terasa susah untuk melaksanakannya..ayuh,lawan nafsu!!bersama bergandingan dalam meneruskan kerja2 dakwah ini..
moga setiap langkah,sentiasa dalam perhitungan kebajikan dariNya..ameen~

No comments:

Post a Comment