Thursday, November 19, 2009

Sentuhan kasih sayang..


......proud to be a muslimah........
and you??


Secangkir kasih dan sayang..

Untuk adik2 along..
(angah timah..alang hawa..ude fairuz..andak zue..ateh rozana..anjang nusaibah..achik mira..anje nadia..usu najwa..acu nadiah)

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah,tersenyum megah..dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,usah digusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan..

Hakikat hidup kita adalah untuk memberi kepada orang lain kerana Allah..Kitalah mata rantai yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah,bukan kita akan yang akan memutuskan atau menghentikannya!!
Renungi kalam Saidina Umar A l-Khattab ini..
“Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia”.

Adik2 along yang sangat along sayangi..
Kita bertuah kerana dilorongkan oleh Allah S.W.T ke jalan perjuangan ini..lantas kita bertemu, berukhuwah dan bergerak seiring bersama.Walaupun sebelum ini kita tidak pernah mengenali, namun jalan perjuangan ini menyatukan hati-hati kita..Subhanallah….

Ukhuwah yang kita bina sedayanya cuba kita semai dengan benih iman..kerana ukhuwah yang dilandasi iman itulah yang akan membentuk satu kekuatanyang padu..bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat nanti adalah golongan yang berukhuwah kerana Allah..bertemu dan berpisahnya hanya kerana Allah..marah dan sayangnya kerana iman,bukan didasari nafsu semata..

Adik2 along..
Satu ketika nanti..andai diri along terleka,kalian ingatkanlah along dengan peringatan Ilahi..andai diri along rebah dek rakusnya dunia,kalian pimpinlah tangan along bangkit kembali.. jangan kalian biarkan along futur sebelum menamatkan musafir perjuangan ini..ingatkanlah along dengan ikrar perjuangan yang telah kita patri bersama.. walau di mana kita berada, walau sejauh mana jarak yang memisahkan kita..selagi aqidah dan fikrah perjuangan kita sama, kita akan terus bersama..insya Allah..

Salam juang tanpa noktah..
Along sayang korang sume!!

Wednesday, November 18, 2009

...Tunggu Sekejap...


12 hari lagi..




“mak long..cepat la balik..”
“ateh..bile nak balik nie??..”
“k.aimie balik bile??..”
“along…rindu la…”

Hmm,saya dihujani persoalan2 ini pada minggu2 terakhir ini..rimas??tak..saya sangat rindu pada sahabat2 dan adik2 yang saya tinggalkan di sana..
Cuma saya mohon,cuti saya yang ‘mufajaah’ dan sebentar ini benar2 dapat mengembalikan kekuatan untuk saya terus melangkah di bumi kinanah sana..
Barang2 hampir siap saya uruskan..dah 2 kotak saya ikat,cam semangat sangat je nak balik sana..
Mula2 balik,rasa x sabar nak pegang stereng kereta..2 minggu pertama,saya ligat berjalan dengan kawan2..drive ke shah alam,puchong,klang..ziarah sana sini..
Sekarang,keluar bila ade urusan yang perlu je..Esok,saya kena ke bank..nak “bank-in”kan duit..
Dah besar,semua urusan kena belajar uruskan sendiri..bila saya berada di kalangan teman-teman sebaya,orang selalu cakap saya paling ‘matured’..huh,rase sangat diri nie dah tua..pape pun,persekitaran yang membuatkan saya begitu..keluarga yang banyak ajar saya hidup berdikari..
Mak said “mak tau,korang dicampak ke mane pun boleh hidup”..haha,kerana itulah saya begini..
Kadang2 keras hati,tapi cepat gak nangis (he,senyap2 laa..)..kakak2 saya sume dah besar,so perbincangan lebih kepada hal orang dewasa laa..
Ok..pada sesiapa yang tunggu saya balik nie,harap bersabar ye..hehe~ sabar,saya cuti baru sebulan lebih,xsampai 2 bulan pun..haha~really miss you all..terutamanya adik beradik AJKT 07/08 dan 08/09,ahli bait..adik2 usrah…sume la!!
……….tunggu,sekejap aje lagi………….

Islamic cool badges..



Sahabat-sahabat di perlembahan Nil..
anda suka??anda berminat untuk mendapatkannya??
tungguuuu...button badges menarik,pasti anda sukakannya..

Aktivis muslimah harapan Rasulullah..


Menjadi wanita memang menyenangkan, apatah lagi wanita "Muslimah",kerana muslimah bermaksud wanita yang telah dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah RasulNya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah,sangat mengambil berat terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai dua orang anak perempuan kemudian dia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan dapat memasukkannya ke dalam syurga."

Semasa Rasulullah hidup,kaum wanita merasa terbela setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya dan tidak mendapatkan hak yang sepatutnya.Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikatakan beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul dirasa disanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang,ramai wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada di tengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berusaha mengatasi masalah tersebut. Caranya adalah dengan mula mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Untuk menjadi muslimah yang disayangi oleh Rasulullah SAW,kaum wanita hendaklah memerhatikan 4 perkara berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (faham) terhadap din (agamanya). Selayaknya dia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadith dan menjadikannya sebagai bacaan harian, kerana dengan cara itu dia dapat memahami keinginan Rasulnya agar nanti dia berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Dia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar dengan seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha memperbanyakkan membaca buku agama seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari yang lain.Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, solat, puasa, dan sebagainya. Sehingga dia tahu cara yang betul mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan dia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak dia akan menjadi ibu yang komited dan berjaya seperti Hajar dan Khadijah RA.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Dia menjadi muslimah yang sentiasa menjadi ‘motivator’ terhadap suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensolatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau kerana tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasulullah.Ini kerana Abu Tholhah selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, isterinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Dia selalu peduli terhadap persekitarannya,selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya,selalu mengupayakan persekitarannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila tiba waktu solat untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan solat dengan kalimahnya yang terkenal “As-solah, As-solah!!!'

p/s :Anda pula bagaimana??
Moga kita dapat menjadi aktivis muslimah yang peka terhadap persekitarannya..seterusnya menjadi muslimah yang disayangi oleh baginda Rasulullah..bestnya~

Tuesday, November 17, 2009

10 wasiat untuk pejuang..



Bacalah,renungilah..kemudian terus beramal..


1.Apabila mendengar azan,maka bangunlah mendirikan solat serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah A-Qur’an,sibukkan diri dengan majlis ilmu dan amalkan zikrullah.Janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan perkara yang tidak berfaedah.

3.Berusahalah sedaya mampu untuk bertutur dalam bahasa Arab dengan baik,kerana itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara,kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana ia boleh menyakiti orang lain.

8.Jauhilah daripada mengumpat tentang orang lain dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang boleh memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara muslim kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.Oleh itu,bantulah saudara kita sendiri untuk menguruskan masa dengan baik.

p/s : perkara yang mudah,tapi kadang2 terasa susah untuk melaksanakannya..ayuh,lawan nafsu!!bersama bergandingan dalam meneruskan kerja2 dakwah ini..
moga setiap langkah,sentiasa dalam perhitungan kebajikan dariNya..ameen~