Wednesday, November 18, 2009

Aktivis muslimah harapan Rasulullah..


Menjadi wanita memang menyenangkan, apatah lagi wanita "Muslimah",kerana muslimah bermaksud wanita yang telah dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah RasulNya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah,sangat mengambil berat terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai dua orang anak perempuan kemudian dia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan dapat memasukkannya ke dalam syurga."

Semasa Rasulullah hidup,kaum wanita merasa terbela setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya dan tidak mendapatkan hak yang sepatutnya.Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikatakan beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul dirasa disanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang,ramai wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada di tengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berusaha mengatasi masalah tersebut. Caranya adalah dengan mula mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Untuk menjadi muslimah yang disayangi oleh Rasulullah SAW,kaum wanita hendaklah memerhatikan 4 perkara berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (faham) terhadap din (agamanya). Selayaknya dia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadith dan menjadikannya sebagai bacaan harian, kerana dengan cara itu dia dapat memahami keinginan Rasulnya agar nanti dia berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Dia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar dengan seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha memperbanyakkan membaca buku agama seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari yang lain.Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, solat, puasa, dan sebagainya. Sehingga dia tahu cara yang betul mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan dia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak dia akan menjadi ibu yang komited dan berjaya seperti Hajar dan Khadijah RA.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Dia menjadi muslimah yang sentiasa menjadi ‘motivator’ terhadap suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensolatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau kerana tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasulullah.Ini kerana Abu Tholhah selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, isterinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Dia selalu peduli terhadap persekitarannya,selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya,selalu mengupayakan persekitarannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila tiba waktu solat untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan solat dengan kalimahnya yang terkenal “As-solah, As-solah!!!'

p/s :Anda pula bagaimana??
Moga kita dapat menjadi aktivis muslimah yang peka terhadap persekitarannya..seterusnya menjadi muslimah yang disayangi oleh baginda Rasulullah..bestnya~

No comments:

Post a Comment