Thursday, November 19, 2009

Secangkir kasih dan sayang..

Untuk adik2 along..
(angah timah..alang hawa..ude fairuz..andak zue..ateh rozana..anjang nusaibah..achik mira..anje nadia..usu najwa..acu nadiah)

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah,tersenyum megah..dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,usah digusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan..

Hakikat hidup kita adalah untuk memberi kepada orang lain kerana Allah..Kitalah mata rantai yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah,bukan kita akan yang akan memutuskan atau menghentikannya!!
Renungi kalam Saidina Umar A l-Khattab ini..
“Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia”.

Adik2 along yang sangat along sayangi..
Kita bertuah kerana dilorongkan oleh Allah S.W.T ke jalan perjuangan ini..lantas kita bertemu, berukhuwah dan bergerak seiring bersama.Walaupun sebelum ini kita tidak pernah mengenali, namun jalan perjuangan ini menyatukan hati-hati kita..Subhanallah….

Ukhuwah yang kita bina sedayanya cuba kita semai dengan benih iman..kerana ukhuwah yang dilandasi iman itulah yang akan membentuk satu kekuatanyang padu..bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat nanti adalah golongan yang berukhuwah kerana Allah..bertemu dan berpisahnya hanya kerana Allah..marah dan sayangnya kerana iman,bukan didasari nafsu semata..

Adik2 along..
Satu ketika nanti..andai diri along terleka,kalian ingatkanlah along dengan peringatan Ilahi..andai diri along rebah dek rakusnya dunia,kalian pimpinlah tangan along bangkit kembali.. jangan kalian biarkan along futur sebelum menamatkan musafir perjuangan ini..ingatkanlah along dengan ikrar perjuangan yang telah kita patri bersama.. walau di mana kita berada, walau sejauh mana jarak yang memisahkan kita..selagi aqidah dan fikrah perjuangan kita sama, kita akan terus bersama..insya Allah..

Salam juang tanpa noktah..
Along sayang korang sume!!

No comments:

Post a Comment