Monday, September 14, 2009

Ramadhan Kareem...


“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..”



Biasa nasyid ini menjadi halwa telinga kita..Seperti biasa juga,kita mengharapkan Ramadhan yang akan kita lalui lebih baik dari yang sebelumnya..moga2 itulah yang kita akan dapat..


Sedar tak sedar,kita sudah sampai kepada fasa yang ketiga dalam Ramadhan ini.Fasa yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.Fasa yang Allah janjikan pelepasan dari api neraka bagi sesiapa yang bersungguh2 mengerjakannya.Ayuh,kita masih punya masa!!

Sayu rasanya bila Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.Ketenangan pada bulan ini sukar didapati pada bulan2 yang lain.Ramadhan ini bulan ibadah..Ramadhan ini madrasah tarbiyyah..Ramadhan ini bulan mengekang semua hawa nafsu..Beruntunglah bagi sesiapa yang betul2 bersungguh melaluinya..


Besar sangatkah kelebihan Ramadhan ini?? Ya,terlalu istimewa bagi ummat Muhammad S.A.W..Kelebihannya besar berbanding bulan2 yang lain.Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang berbuat kebajikan dalam Ramadhan ini.Kerana itulah kita digalakkan untuk bersedekah,beri’tikaf di masjid,memberi makan anak yatim dan fakir miskin,serta kebaikan2 yang lain..


Rebutlah peluang terakhir ini..moga kita tergolong dalam orang yang berlumba2 mengejar kebaikan..Selamat tinggal Ramadhan..Terima kasih,Tuhan..


p/s : sibuk2 buat kuih raya pun,jangan sampai lupa nak hidupkan malam2 terakhir nie..

No comments:

Post a Comment