Saturday, September 12, 2009

Detik masa itu...


Alhamdulillah,diberi sedikit lapangan masa untuk mencoret sedikit peristiwa dalam ruangan ini..Berbagai perkara yang berlaku sepanjang minggu ini..Kadang2 saya pun jadi kalut..Nah,saya akan catatkan serba ringkas..


03/04 September - adik2 baru tiba di bumi Mesir..masing2 ceria nampaknya..saya juga punyai kesempatan untuk menjemput mereka di lapangan terbang..Alhamdulillah,selamat semuanya..


05/06/07 September - Hari Tautan Ukhuwwah 09 menyingkap tirai.Berbagai program dan slot diisi untuk mengenalkan mereka pada bumi Mesir,BKASM dan PMRAM sendiri.Sistem perkuliahan dan muzakarah berkelompok juga diselitkan.Syukran yang tidak terhingga buat seluruh adhoc HTU 09 dan USMB!!


07/08 September - Hari Tautan Ukhuwwah 09 melabuhkan tirainya.Adik2 pun nampak dah letih..Sempat hantar sms pada mak untuk ucapkan selamat hari lahir yang ke-54..moga dipanjangkan umur dalam keberkatanNya..Malam itu,saya berkampung di Hospital Hummiyat Abbasiyah kerana seorang pelajar baru (akhawat) disyaki menghidap influenza H1N1.Along saya balik Malaysia pun,saya tak sempat nak jumpa..Sorry,along..Alhamdulillah,akhirnya keputusannya negatif H1N1..syukur ya Rabb!!


08 September – Markaz bahasa adik2 sudah bermula..kerja sekolah pun banyak,kata mereka..moga terus kuat ye..


10 September – Umar dapat adik boy!!Tahniah buat Ustaz Farhan (along) dan K.Natrah..moga besar nanti,menjadi pejuang agama Allah..


11 September – Hari Jumaat seperti biasa,menghadirkan diri ke Liqo’ Raisat di markaz Hewi PMRAM..perbincangan masalah,input2 baru dan sebagainya banyak saya dapat dengan pertemuan ini..


Hmm,kesibukan meniti hari..adakala terasa futur juga..berbekalkan sedikit kekuatan diiringi nusrah Allah,kadang2 air mata ini gugur jua..saya gagal menyempurnakan semuanya dengan baik..muhasabah dan terus muhasabah..saya betul2 perlu berubah..

p/s : kalau kita rasa susah,lihatlah orang lain yang lebih susah dari kita..jadikanlah sekeliling kita sumber motivasi dan kekuatan..moga kita menjadi hambaNya yang bersyukur..

No comments:

Post a Comment