Monday, September 14, 2009

Dalam kenangan,Al-Fatihah..


04 Ogos 2008 yang lepas,embah meninggalkan kami buat selama-lamanya..saya dapat tahu embah agak tenat beberapa hari sebelum saya dijadualkan pulang ke Malaysia pada 02 Ogos 2008..


Aturan Allah cukup indah..walaupun sebentar cuma,saya sempat menjaga embah di Hospital Teluk Intan sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ..


Abah saya dapat urgent call sebelum saya sampai ke rumah dari KLIA pada malam itu.Saya hanya sempat mencapai beberapa helai pakaian dalam beg bagasi dan terus bertolak ke Hospital Teluk Intan..


Syukur..saya sangat bersyukur tika itu..Moga Allah tempatkan embah di kalangan orang2 yang soleh dan beriman..ameen ~


p/s : dugaan hidup jauh di perantauan..musibah diterima,hati dicekalkan..yang pergi tetap pergi..yang hidup,teruskanlah kehidupan..

No comments:

Post a Comment